Saturday 5 April 2008

Trip ke Europe


Cuti sekolah baru ni, kami sempat ke Europe covering Holland-Belgium-France. Dah terlanjur sampai UK ni, dah spend on ticket kapalterbang budak2, might as well ronda sekali la ek. Bak kata Nik, duit boleh cari...Trip ni pun, hasil kesusahan kami sekeluarga, tak berkereta kat sini, gi sekolah naik basikal dalam sejuk2 tu; bila nak gi jauh sikit, naik bas je (nasib baik juga public transport kat sini very reliable). Sebenarnya, Aina yang ditugaskan buat fotopages, tapi sampai la ni pun, lum nampak hasilnye lagi...

Kami bertolak dari sini pukul 12.15 am 21/3/08, bas jemput depan rumah - punye la special. Sampai Dover around 4.30 am, kena tunggu kejap kat situ untuk cross ke Calais, France. Dalam ferry, Adnin & Aqilah tak tahan sea sick - wek wek la jugak. Actually dalam bas lagi dah wek wek dah sebab the day before, dia org gi Hospital check mata, eye drop untuk besarkan biji mata dia org tu, lambat pulak effectnye, dah petang baru pupil dia org dilate - jadi pening lah budak2 tu. Hasilnye, mak dia la jadi mangsa...nasib baik tak wek wek sama...

Gambar kat atas ni, masa kat Keukonhof, Holland. Masa tu kat luar snowing, jadi kami masuk kat building tu untuk panaskan badan sambil amik gambar kat bunga2 kat situ. Semua bunga cantik, bau pun sedap - wangi je... Tapi masih tak boleh lawan wangi bunga kesidang kat rumah tu. Dah merimbun macammana la agaknye pokok kita tu...

Ni Itenary masa kami pergi trip dulu :

Holland-Belgium-France (March 2008)

Pakej pertama - Holland-Belgium-France.
- 9 hari dan 7 malam melancong ke tempat-tempat menarik di Belanda, Belgium dan Perancis.
- Bermula pada 21 Mac 2008, dan tamat pada 29 Mac 2008.

Itenari Perjalanan:

HARI PERTAMA - Jumaat, 21 Mac 2008
12.30 pagi - Bertolak dari Nottingham ke tempat penginapan di Wassenar, Amsterdam, Holland.

Bertolak ke Dover dan menaiki Ferry ke Calais, France. Dari Calais bertolak ke Wassenar di Amsterdam, Holland.

Since kami sampai awal, and check in pun lambat, singgah kat Brugge, Brussel dulu. Angin kuat, nak makan pun menggigil-gigil. Lapar punya pasal, nasi sejuk, karipap yang Mak Nik bekalkan, habis kami makan... Opps, TQ Makcik, sedap betul karipap tu...


HARI KEDUA - Sabtu, 22 Mac 2008
10.00 pagi - Main kat Theme Park camp tu. Ada jugak yang gi swimming, tapi kami tak pergi pasal costume takde.

Theme park dia kecik je, tapi boleh la nak bagi budak2 seronok...

2.00 petang - Gi Rotterdam. Plannye nak ke Keukonhof, tapi last minute tukar plan pasal hujan, bunga tak cantik. Kemuncak lawatan ini adalah lawatan ke Euromast Tower. Dari sini kami dapat melihat keseluruhan bandar Rotterdam dan pelabuhannya.

”Sticking with members of the World Federation of Great Towers, this is Rotterdam’s 186 metre-high Euromast. Apparently the tower is built on a concrete block weighing 1,900,000 kilos’.This a great way to get a panoramic view of Rotterdam. It was also relaxing after walking the city most of the day.”

HARI KETIGA - Ahad, 23 Mac 2008
9.00 pagi - ‘Sight-seeing’ sekitar ibu kota Amsterdam. Yang bestnye, sambil tunggu untuk naik cruise tu, snow turun... seronok masing-masing. Maknye pun seronok pasal dapat 2 in 1 holiday, tak payah nak bawak budak2 gi Scotland tengok snow.

Kemuncak aktiviti ialah dengan menaiki bot menerusi terusan (canal) selama hampir 2 jam.

2.00 petang - Ke cheese farm and kilang buat clog. Aina participate dalam presentation minah belanda tu, and in the end dia dapat souvenir. Nak beli2kan souvenir, memang tak dapat lah; budget holiday ni - cuma beli bunga tulip dari kayu tu je. Clog mahal sangat la...

5.00 petang - driver singgah kat tepi pantai kejap. Dapat la tengok rumah2 kat bawah paras laut. Dengarnye kat situ dia org kena ada swimming certificate. Takut lemas - manalah tau tiba2 air laut flow in - parah...! Tapi dia org ada system yang control water level tu supaya tak flooding. Boleh buat research tu, supaya KL tak banjir bila hujan lebat!

HARI KEEMPAT - Isnin, 24 Mac 2008



HARI KELIMA - Selasa, 25 Mac 2008

8.30 pagi - Bertolak dari Camp Wassenar ke Brussels. Perjalanan dijangka mengambil masa 2 jam; tiba sekitar 10.30 pagi.

10.30 pagi - Di Brussels kami melawat Automium, iaitu pusat sains yang terkenal di Eropah.

Di sebelah Automium pula kami melawat Mini Europe iaitu sebuah taman yang mempamerkan segala bentuk bangunan yang terkenal dan juga figurasi yang terdapat di sekitar Eropah untuk tatapan para pelancong.


”Located at the foot of the Atomium, MINI-EUROPE is the only park where you can have a whitlestop tour around Europe in a few short hours. A truly unique voyage ! Stroll amid the typical ambiance of the most beautiful towns of the Old Continent. The incomparable chimes of Big Ben welcome you to the heart of London. The gondolas and mandolins will invite you to discover the charms of Venice. Follow the T.G.V. from Paris to the other end of France. You can make the models work yourself : the eruption of Vesuvius, the fall of the Berlin Wall, the bullfight in Seville and many more… In total 300 models and sites in a quite unequaled craftsmanship. Also don’t forget to visit the European Space full of interactive multimedia games.”

3.00 petang - Selepas selesai melawat kedua-dua tempat tersebut kami bertolak ke Paris, Perancis dan bermalam di Camp Paris International.

8.30 malam - tiba di Camp Paris International.

HARI KEENAM dan KETUJUH - Rabu/Khamis, 26/27 Mac 2008

Hari ini adalah hari kemuncak untuk kanak-kanak kerana mereka akan dibawa melawat Disneyland selama 2 hari berturut-turut.

Kepada para peserta yang tidak mahu ke Disneyland, bolehlah melakukan aktiviti ’sight seeing’ di bandaraya Paris secara bersendirian kerana aktiviti tersebut akan diadakan pada hari terakhir percutian.

HARI KELAPAN - Jumaat, 28 Mac 2008

9.00 pagi - Paris ’sight seeing’ bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.

Pukul 4.00 petang, bertolak balik. It was a long journey, ada stop over kat rest area and pukul 10.00 sampai kat checkpoint Calais. Kena interview jugak masa kat checkpoint tu, tapi nothing major, semua lepas je.

HARI KESEMBILAN - Sabtu, 29 Mac 2008

4.30 pagi - Selamat sampai ke rumah kami di Nottingham. Lega...

Apa lagi - laundry day la... 5 trip basuh and dry baju. Penat cik siti kita tu...

Gambar kat bawah ni, the whole group yang ikut tour tu...




No comments: