Wednesday 7 May 2008

BBQ di Mundy Park, Derby



Emmm yum yum...Besar betul api dia - naik rentung jugak la ayam tu...


Last weekend 3/5/08, kami berkesempatan ke Mundy Park, Derby. Sebutan melayu dia - mandi. Kalau dapat mandi, best jugak ek, tapi Adnin sorang je sempat mandi, main kolam cetek kat situ. Takde bawak baju pun, dia redah je dengan baju yg dia pakai tu; nasib baik Ina ada bawak baju anak dia lebih. Time tu masih sejuk2 ala2 Genting Highlands, tapi budak2 ni bila dah nampak air, jadi itik la masing2. Ada anak2 mat salleh kat situ, bukak habis...



Mundy ni lebih kurang 15 batu dari Nottingham. Kami sebenarnya baru je beli Toyota Previa, jadi dapat lah ikut dia org gi BBQ. Masing2 bawak makanan sendiri, cuma lebih kan sikit utk kawan2 rasa-rasa. Seronok sekali sekala outing mcm gini. Tenang rasa kepala...



Selain dari makan2, apa lagi posing lagi la... Pulak tu ada kawan bawak camera canggih2. Lagi menjadi-jadi la.. Ni the whole group yang ikut trip ni.





Selain dari BBQ, aktiviti lain, budak2 boleh ride donkey (kesian tengok donkeynye, pakcik tua yang bawak donkey tu lagi kesian, macam tak larat je...







Ada jugak train ride - 90p one way.



Lain-lain, ada taman permainan kanak2, tasik2 dan taman2 bunga. Personally, kita suka lagi Wollaton Park kat Nottingham. Scenery lagi cantik... Nanti la nak gi sekali lagi, bawak anak2 besar & bapak dia org yg belum pernah pergi lagi. Ok la nak sambung keje, senang2 nanti kita upload gambar kat picasaweb.











No comments: