Saturday 31 May 2008

Aktiviti cuti sekolah - Camping di Snowdonia








Dari 24/5/08 - 1/6/08 budak-budak cuti sekolah. Kami mengambil kesempatan gi camping di Snowdonia. Kebetulan 26/5/08 tu cuti Bank Holiday, jadi ngam la, yang keje dan yang tak cuti sekolah ni (kita la tu...) boleh lah berjalan sekali :-) . Kami 5 family semuanye - bdk2 18 org, org besar 10 orang.
Snowdonia ni sebenarnya National Park kat Wales; sempat la kami gi Wales sepanjang duduk sini. Pemandangan kat sana, Subhanallah, cantik betul... dengan gunung ganang, ladang-ladang yang luas mata memandang, tasik-tasik celah-celah gunung, hai rasa nak duduk je kat sana.
Dari Nottingham ke Snowdonia around 3 jam perjalanan. Kami bertolak dalam pukul 8 pagi, plannye pukul 6 pagi, tapi biasala, dengan anak2 ramai, tak sempat la... Janji masih lagi lepas subuh.
Dengan pertolongan tom tom, sampai lah kami kat Snowdonia tu. Adnin & Aqilah, as expected, tak tahan jugak kat tempat2 tinggi - salah satu symptom penyakit dia org ni. Dia org rasa uneasy, rasa sakit perut pun ada, nak muntah pun ada, at last wek wek jugak. Tapi masa kat Barmouth, tempat landing pertama kami, dia org dah ok dah. Barmouth ni town kat tepi pantai. Terpegun jugak tengok tempat tu, ada laut lepas tu terus bukit2 tebing tinggi. Angin kuat betul masa tu, jadi gambar2 memang tak perfect la - tudung senget2.

Budak2 memang seronok tengok laut, tapi tak boleh mandi pun pasal sejuk. Best jalan kat tepi pantai tu walaupun angin kuat. Kalau jalan kat PD panas & rasa berlengas, kat Barmouth, siap pakai jaket lagi... cool je walaupun ada gak matahari.

Lepas lepak2 kat tepi pantai, around pukul 3 pm, kami bertolak ke campsite. Tempatnye nama Cwmrhwyddfor. Ha camne nak sebut tu...! Bahasa Wales ni memang pelik sikit. Sebutan nye dalam bahasa melayu lebih kurang macam ni - 'Kodifo'. Pelik ek... Yang paling kami takkan lupa - araf maknanye slow. Camne nak sebut, tak sempat tanye org Wales lagi.. Tapak campsite tu sewanya 15 pound semalam satu family. Kami tak dapat electric hook up. Apa lagi sejuk dan gelap giler la malam2. Dengan angin kuat, tidur atas rumput, sah-sah malam tu kita tak dapat tidur. Member sebelah siap berdengkur lagi...


Ni gambar tent kami, 8 men tent, ada 3 bilik. Memang best. Belakang kat atas bukit tu ada biri-biri.

25/5/08 kami gerak ke Northern area, singgah kat Lanberis, one of the attractions kat Wales. Gambar2 nanti kita upload ke Picasa. Lepas tu gi Bangor, kat tepi pantai. Bahar ada contact budak kat Bangor; main reason pasal nak fishing or crabbing. Sampai sana, hujan, kami lepak kat rumah dia kejap, solat & makan. Kawan tu ada kedai makan - (tabik spring la boleh bukak kedai makan) jadi kami order doner kebab. Pukul 7 baru ke tepi pantai tu, time air sedang surut. Dapat la tangkap dua tiga ekor ketam, bawak balik Nott, merasa la makan ketam masak lemak cilipadi... sodap!


Pukul 10 malam baru bergerak balik ke camping site. Jauh giler, kul 12 malam baru sampai. Seram betul lalu bukit bukau tu malam2; dah la jalan dia kecik2, ranting2 kayu bertaburan kat jalan. Kita seram kot-kot keluar beruang kat jalan masa malam2 tu. Bahar takut kalau2 ada dahan sekah melintang jalan. Camne nak keluar alih dlm gelap2 gitu...! Zul kurang bernasib baik pasal kereta dia kena hempap dahan, retak cermin depan. Nasib baik tampered glass, tak lah bersepai kaca2.


Sampai kat campsite, solat, makan, lepas tu tidur. Ingatkan nak tidur dlm previa kami tu, sekali bateri dia kong, jadi Bahar tak dapat nak alih mengadap tent kami. Tidur lagi la dalam tent... Next time kalau gi camping, kena bawak tilam angin. Tak sakit badan...


Esoknye lepas breakfast, kemas2 tent, gi jalan sekejap kat tasik berhampiran camping site kami, lepas tu bertolak balik. Hala balik, lalu Stoke on Trent sebab rombongan cik kiah nak gi beli pinggan2. Kita dah beli dah masa trip ke Stoke dulu, jadi kita cuma beli mug and alas periuk je. Opps, nanti sambung lagi, nak tengok final Britain's got talent. Sebenarnye sedang tunggu kunci rumah baru, landlord tu tak hantar2 lagi. Kami pindah ke rumah selang dua tiga pintu dari rumah ni. Murah sikit, boleh simpan duit untuk pergi camping lagi...

No comments: